Tuesday, May 14, 2013

Kenangan Yang akan aku ingat sampai bila-bila , Nazirah

As'salammualaikum,dah lama aku mengarang topic baru dalam blog aku , tapi hari ini aku terbuka hati tuk mengarang kenangan cukup pahit buat aku, ya tidak lain soal cinta,baru-baru ini aku mengenali seorang gadis  
yang berasal dari Negeri 9, kami kenal antara satu sama lain dari app social hp pintar, " WeChat" dari Application tu saya search kenalan baru sekitar shah alam , disitu lah bermula sesi perkenalan. 

Setelah beberapa hari berkenalan , kami merancang untuk berjumpa , pada awal nya aku malu tuk berjumpa , khuatir dengan rupa yang sedemikian aku , tapi aku redha aku mencuba , seingat saya hari itu pada hari Ahad tarikh dia aku x brapa nak ingat, plan masa tu jalan2 gi Pasar tani shah alam sek 13 , disebabkan dia merupakan pelajar baru PTPL shah alam dan mengambil jurusan pendidikan awal kanak2 , banyak benda baru di sekitar shah alam seksyen 13 yang belum dia terokai , tuk tidak memanjang kan cerita , pertemuan kedua kami , pada malam hari , dia mengajak tuk keluar makan bersama , dia membawa sahabat baiknya iaitu lia, masa time makan tu , bukan main kekok ,pandang pun curi-curi pandang jer  ahaks , aku yang blur2  kena sindir dgn member dia hahaaha ..... tapi aku try ajak berbual sementara kitorang tunggu makanan yang telah dipesan kitorang , aku datang tidak berseorangan aku juga bawak 2 orang sahabat sekelas dan secourse aku iaitu Amri dan rafizi, total kami semua berlima.

Time makan tu x cakap banyak , masing2 malu , kwn aku boleh lak perang mulut dengan member dia lia, kitorang gelakkan jer hhahahaha, ok tutup crita pasal makan .. masa dalam perjalanan balik rumah masing2  dia sempat text aku, dia ucapkan terima kasih kerana telah menemani dia makan . pada awal sebelum dia text aku , terasa sedikit kesal kerana dia langsung xberbual dengan aku , 1 soalan 1 jawapan jer dia bagi ,tapi aku memahami mungkin dia malu. Begitu lah hari demi hari , sampai satu hari tu kami bercadang tuk lanjutkan hubungan kami ke peringkat yang lebih serius.16 April 2013 tarikh permulaan hubungan aku dan Nazirah, hari demi hari kami bertemu , bergelak tawa bersama , pada satu hari lokasi pertemuan kami dibelakang taman Laman seri bersebelahan ptpl shah alam , kami menceritakan masalah masing , dari hal biasa hingga ke soal peribadi , tak perlu aku ceritakan disini cukup aku sahaja yang tahu, setelah aku mendengar semua kisah2 sedih nya , aku dapat rasakan dia memerlukan kasih sayang .

Pada masa itu aku "Bersumpah Untuk Sentiasa Menyayangi Kau Sehingga Ke Penghujung Nyawa Ku" aku mengusap air mata yang telah mengalir di pipi nya , aku dapat merasakan segala pahit dan kesakitan yang dia rasai . Aku bertekad untuk mencintai dia yang satu . [Tutup Cerita]

hampir 2 minggu hubungan kami , hari demi hari aku dapat rasakan perhatian dia terhadap aku tidak lagi seperti mana awal pengenalan kami, aku dapat rasakan adanya pihak ketiga dalam hubungan kami, terdapat sumber2 yang aku boleh percayai , menceritakan aku apa yang terjadi sementara aku tiada disisinya . Kesal, Pilu, Sakit , Marah , Dendam semua aku Rasa .Dimanakah silap aku pada kau zirah ? adakah puncanya kerana aku tidak mempunyai kenderaan tuk bawak kau bersiar2? tidak kaya untuk tunaikan segala permintaan kau? Tapi kau juga tahu Aku Mencuba , aku telah tunaikan janji-janji aku terhadap kau zirah , aku tau sayang tidak beri makna apa2 buat kau , tapi beri aku masa tuk habiskan pembelajaran aku , setelah aku berkerja , dan mempunyai pendapatan yang stabil aku ingin bernikah dengan kau zirah , kau lukakan hati aku tanpa belas kasihan zirah . aku cuba pujuk kau kembali dengan aku , aku menagis depan kau , tapi kau tidak pedulikan aku zirah , kenapa?1 May 2013 ini lah tarikh perpisahan kita , selepas perpisahan kita , aku tidak dapat tidur dengan lena , aku sakit , aku siksa diri aku , apa yang aku ingat pada masa tu cuma satu MATI! MATI MATI MATIIIIIIIIIIII!!!!!!!! aku telah jujur dengan kau dalam semua perkara zirah , tapi kau telah menyembunyikan rahsia kau dari pengetahuan aku ..

AKU MENAGIS BILA MENDENGAR LAGU YANG KAU BERIKAN PADA AKU "SEVENTEEN-UNTUK MENCINTAIMU" malam di bilik aku berseorangan , aku menagis tanpa henti zirah!!!!! KENAPA KAU BUAT AKU MCM NI !!!!! KENAPA KAU SAMAKAN AKU DENGAN KISAH SILAM KAU , KENAPA AKU YANG KAU PILIH TUK JADI MANGSA KAU ZIRAH! KENAPA AKU! ****** kalau ikutkan panjang lagi cerita yang aku nak ceritakan tapi banyak yang aku pendekkan ,zirah aku doakan kau semoga bahgia , dan selamat ditangan yang bakal menjadi pembimbing kau zirah , perlu kau tahu AKU TIDAK PERNAH CURANG DENGAN KAU , AKU BERSUMPAH PADA DIRI AKU SENDIRI KAU ADALAH PILIHAN KU pada masa itu ..... 

maaf kita tak sempat memutikkan gambar kenangan manis kita berdua , aku cuma ada 1 kenangan terakhir perjumpaan kita di extreme park sesksyen 13 ....

Kenangan Di Extreme Park Seksyen 13 Bersama Ex Nazirah