Wednesday, August 31, 2011

A Story Telling About My Raya Moment a long time ago,and different my raya Now...



Hurmm... banyak beza raya ku sebelum ni and pada hari ni,raya aku dah x seperti dahulu ,dan tidak mungkin akan seperti dahulu ,bcoz semua penyeri di pagi raya telah kembali rahmatullah ,bersabar ,tawakal,dan menerima hakikat itu jer mampu aku lakukan,Semalam merupakan raya pertama ,aku berhijrah ke rumah family sebelah ayah yang merupkan rumah yang penuh dikerumuni dgn ramai tetamu,tetapi sebaliknya,hanya kami sahaja yang beraya di rumah mereka , aku sedih dan serba tertanya-tanya dimana family yang lain? sanak saudara serta kenalan rapat arwah? kenapakah begitu mudah manusia melupakan jasa arwah? telah ditulis di dalam al-quran ,jangan larh kita lupakan keluarga yang ada yang kita kenal telah pun tiada ,kita seharusnya menyerikan keluarga tersebut dengan senyuman serta kunjung mengunjungi, sedih aku tengok family tu .

Suasana rumah suram ,kalau nak bezakan dengan keadaan dlu perh memang SANGAT2 berbeza ,dlu rumah bising sini sana ,orang tua ketawa2 budak berlarian sni sana skrg dah x da ,mercun2 pown dah x da,sedih sgt aku rasa cam nak menitis air mata jer ,dan sebab itu aku tidak membeli baju raya ,jiwa aku dah x der semangat nak beraya ,aku beraya bukan sebab bergembira + kewajipan lagi,aku beraya kerana keharusan selepas menunaikan ibadah puasa selama sebulan ..berkemungkinan raya akan datang akan lebih sunyi mcm ni, aku berharap jika rezeki x kemna2 suatu saat aku ada keluarga aku nak open house besar2 dan kad jemputan diberi serta jemputan adalah paksaan disitulah aku nak cuba kembalikan suasana raya yang pernah kami rasa sebelum ni ,insyaallah..

1 comment: